Tuesday, February 22, 2011

Kesianlah pulak..............

Kisah ni aku nak n3 semalam........tapi dah penat sangat............hari ni baru dapat aku n3......Semalam pagi temankan hubby checkup kat hospital (3 Bulan sekali) Pukul 12.30 tengahari baru selesai.......sampai rumah hampir 1.30 pm.Ingatkan lepas solat zohor aku dan hubby nak rehat sekejap..... rasa penat sangat dok menunggu lama kat hospital tu....... cuaca pun panas sangat hari ni

Dapat pulak panggilan telefon dari kawan...........akak ada kat rumah tak?............ nak minta tolong ambikkan anak  cedera kat lutut masa latihan kat PLKN........... abang tak de,kat KL........sayup suara dihujung talian...........sayu gak dengar macam tu....... masa dia susahkan.........diskus dengan hubby..........hubby kata okaylah kita gi tolong ambik anaknya kat PLKN Batu Pahat............ Kami sampai hampir jam 6.00 pm kat kem tu.........selesai urusan nak bawa balik pelatih kami gerak balik kerumah hampir jam 7.00pm. Singgah solat maghrib dan makan malam kami tiba rumah jam 10.00 pm.........Baru terasa penatnya............tapi takpelah hati puas dapat tolong kawan tu ...........dia pun seorang kawan yang tak pernah menghampakan bila kita perlukan bantuannya................

Friday, February 18, 2011

Malunye aku..............

Semalam adik aku yang tinggal di Penang sms minta kirimkan rempah soto,nak wat birthay parti katanya. Aku pun belilah rempah malam tadi, hari ini akan buat pos laju. Dah siap packing, aku pun siap-siap nak gi pejabat pos. Biasanya aku merempit je kalau kesana. Pertengahan jalan minyak dah
ketahap E dah, masa tu dekat pam minyak terus je masuk, nak isi minyaklah kononnye....Dah lama aku tak buat kerja ni, makan tahun jugalah.........dulu masa anak yang bongsu sekolah rendah memang aku merempit ambik dia dari sekolah dan mengisi minyak kudaku itu. sekarang anak aku tu dah habis sekolah menengah dah............itulah jangkawaktunye tu............Selesai bayar kat kaunter. aku pun terus nak mengisi minyak.........tiba-tiba aku tak tahu nak bukak untuk mengisi minyak.....termalu sendiri, nasib baik tak ramai orang............sebelah aku adalah 2 orang agak muda sedang mengisi minyak kudanye juga............aku pun cakap !dik macamana nak buka nak isi minyak ni?dia pun tunjuklah kat aku..........rasa malu juga.........tapi tak pelah akukan orang tua............dah lama tak buat............terlupa............malunya akuuuuuu................

Thursday, February 17, 2011

Jalan-jalan Marina Bay.............










Dah lama teringin nak gi Marina Bay........tapi tak berkesempatan. Kebetulan cuti Maulidur Rasul, aku dan hubby dok discuslah......... dan buat keputusan pergi masa cuti Maulidul Rasul......sebab orang tak ramai, taklah lama sangat kat imigresen tu dan taklah ramai sangat orang kat sana sebab sana tak cuti........Kita orang gi naik train je.........senang dan ringkas........  Puaslah hati nak tengok Skypark tu......Walaupun penat tapi happy sangat..............

Yassin dan tahlil





Sudah 6 bulah arwah FIL meninggal dunia........aku dan hubby berpakat untuk mengadakan majlis yasin dan tahlil untuk arwah FIL. Majlis ni untuk adik beradik hubby sahaja. Adalah seorang dua anak buah yang datang menghantar mak bapak dia untuk majlis tu...........Aku dan dan "Adik" bertungkus lumus menyediakan juadah untuk malam majlis tu..........menunya . Bacaan yassin dan tahlil dimulakan selepas solat Isya pastu barulah nyum-nyum...........Selesai nyum-nyum....ada pula sedikit discus adik beradik hubby...........Jam 12.00pm baru selesai.................

Monday, February 7, 2011

Steamboat............




Boringnye bila cuti cny tak gi mana-mana......... Tetiba je angah cakap, mak jom kita gi makan steamboat kat D'Teracce. Oklah juga angah nak belanja mak,abah ngan adik makan........baru dapat duit first elaun LI..........Sib baik booking dulu............ kalu tak jenuhlah............ ramainya umat malam tu............Terimakasih angah!!!!!!!!!!!!

Kawan lama.




Cerita ni nak N3 semalam, tapi kepala ni sakit sangat hari ni baru ok. Hati rasa munga-munga kerna dapat jumpa dengan kawan sekolah setelah 30 tahun tak jumpa. Dek terlalu suka smpi tak sempat nak ambik pic banyak-banyak. Tak dapat nak sembang panjang kerana sibuk dimajlis perkahwinan anak sedara sominye. Tak kisahlah, janji dapat jumpa. Insyaallah akan ada lagi pertemuan selepas ni ansai dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Thanks my hubby!!!!

Sunday, February 6, 2011

Bila rindu melanda....



Cuti cny....... rata-rata orang bercerita pasal nak balik kampong,aku pun ingin jugak nak balik kampong tu,tapi kampong ku nun jauh di pantai timur......musim-musim hujan dan banjir ni risau gak nak balik kampong, takut tersekat dalam banjir, walaupun kampongku tak dilanda banjir tapi perjalan ke sana terpaksa menempuh tempat-tempat yang dilanda banjir. Rindu sangat kat mak dan ayah..............Tapi yang paling aku rindu sangat kat sibuntat,simontel and seangkatan dengannya...........cucuku Alfie Razein........ hanya gambar dapat ditatap. Cny dia orang bercuti balik umah nenek sebelah mommy di Penang...........Ummi disini kerinduan yang amat sangat.........

Friday, February 4, 2011

Ape-ape jelah....

Blog ni terhasil dek kerana aku ni asik dok ikut dan baca blog orang lain. My hubby cakap asik dok ikut n baca blog orang lain, nape tak buat blog sendiri. Aku ni sebenar bukannye reti sangat dgn menda-menda ni....tapi rasa macam tercabar juga walaupun dah tua ni!!!!!!!!....... tapi tak kisahlah...... masa pun banyak terluang sejak anak dah habis sekolah ni.....aku pun mintalah anak aku tunjuk ajarkan........ maka lahirlah UmmiSecret ni.........Akupun rasa happy gak, my hubby dok senyum je kat aku......Terima kasih angah sebab ajarkan mak yang tak berapa pandai ni.............